Sunday, May 24, 2009 0 comments

AMANAT PENGETUA



Salam sejahtera,
SMKKR merupakan salah sebuah sekolah yang sedang meningkat dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dalam daerah Cameron Highlands. Walaupun sekolah ini terletak di luar bandar, namun pencapaian pelajar-pelajar dalam kedua-dua aspek setanding dengan sekolah-sekolah bandar yang lain.
Syabas dan terima-kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah bekerjasama keras untuk pencapaian ini.
Pelajar-pelajar kami terdiri daripada pelbagai ragam. Ada yang cerdik, ada yang sederhana dan ada juga yang lemah. Untuk mewujudkan minat terhadap pelajaran di kalangan murid-murid, kami sebagai pendidik telah menjalankan amanat yang diberi kepada kami untuk melahirkan murid-murid yang minat terhadap pelajaran.
Selain melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik kami juga tidak ketinggalan untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin serta keyakinan diri dimana mereka meyahut era globalisasi yang kian mencabar.
Kesimpulannya sekolah menjadi tapak yang penting untuk melahirkan generasi pelajar yang berilmu, dinamik, progresif dan berdaya saing dalam menghadapi perlbagai aspek kehidupan dan menjadi insan yang kamil.


"SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU"


"BERKAT USAHA JAYA"
Saturday, May 23, 2009 0 comments

ANUGERAH

MAJLIS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG 2009

Tarikh: 14 Mei 2009

Tempat: Dewan Utama, Kompleks Yayasan Pahang Kuantan.



Tuan Pengetua menerima anugerah matapelajaran terbaik dalam peperiksaan SPM 2008 untuk matematik, fizik dan kimia bagi kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.
Tahniah kepada guru-guru SEMEKAR.....







Wednesday, May 20, 2009 0 comments

MASKOT SEKOLAH

Maskot SeMeKaR

* Berkualiti – input / output
* Sepasukan
* Kesungguhan
* Ikhlas
* Sabar dan Tabah
* Iltizam
* Optimum
* Mesra – kejelkitan
* Akauntabiliti (Muhasabah)
* Inisiatif dan proaktif

Wednesday, May 20, 2009 0 comments

LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah berbentuk keratan sekuntum bunga dengan moto “Berkat Usaha Jaya” adalah hasil idea En. Hassan, Penolong Kanan pada masa itu (1983). Moto ini membawa maksud seseorang yang rajin berusaha akan beroleh kejayaan. Moto tersebut diletakkan melintang melambangkan selendang, iaitu sebahagian pakaian kebangsaan Malaysia. Bunga dan daun di sudut bawah lencana menunjukkan daerah Cameron Highlands yang kaya dengan sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Buku melambangkan pengetahuan manakala api membawa pengertian bahawa ilmu tersebut akan menerangi kehidupan pada setiap masa. Warna kuning melambangkan pemerintahan DiRaja. Warna putih dan hitam melambangkan negeri.

Wednesday, May 20, 2009 0 comments

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

Berdiri Gagah Perkasa
Demi Namamu SEMEKAR
Bersumpah Setia dan Berjanji
Usaha Bersungguh Hati

Berdiri Gagah Perkasa
Demi Namamu SEMEKAR
Cabaran kan kami Hadapi
Jayakan Visi dan Misi

SEMEKAR Indah Mewangi
SEMEKAR Kami Cintai
Dengan Berkat dan Usaha
Kami Pasti Jaya

SEMEKAR Indah Mewangi
SEMEKAR Kami Cintai
Bersama Kita Bersatu
Berkat Usaha Pasti Jaya
Berkat Usaha Jaya
Wednesday, May 20, 2009 0 comments

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan

Kami warga SEMEKAR komited dan bertekad dalam uasaha merealisasikan Visi dan Misi sekolah. Kami akan memberi perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan kami berdasarkan piagam berikut :

1. Murid akan ditempatkan ke kelas secepat mungkin selepas urusan pendaftaran dibuat.
2. Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut jadual waktu berasaskan AP 1996.
3. Memastikan pengajaran di kelas bermula apabila guru dan murid telah bersedia.

4. Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan kami dilayan dengan mesra, cepat dan memuaskan hati.
5. Kebajikan dan keselamatan murid diberi keutamaan.
6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran membina untuk memepertingkatkan pestasi.
Wednesday, May 20, 2009 0 comments

MOTO

MOTO SEKOLAH:


BERKAT USAHA JAYA
Wednesday, May 20, 2009 0 comments

MISI & VISI

Visi :

Melahirkan generasi modal insan sebagai pemimpin masa hadapan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi :


1. SMK Kampung Raja menjadi sekolah harapan negara menjelang 2012.

2. Kami berazam untuk melahirkan pelajar seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Pendidikan.



3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat untuk cabaran masa depan.



4. Meningkatkan persekitaran kondusif supaya pelajar-pelajar suka belajar di sekolah dan mempunyai kenangan manis selepas meninggalkan sekolah ini.

Wednesday, May 20, 2009 0 comments

SEJARAH SEKOLAH

SMK Kampung Raja telah dibina oleh kerajaan di atas sebidang tanah dengan keluasan 20 ekar hasil pinjaman Bank Dunia pada tahun 1983.
Sesi persekolahan pertama bermula pada tahun 1984 dengan En. Ooi Teik Gee sebagai pengetua pertama. Pengetua sekarang ialah Pn Nachammal A/P Nachimuthu.
Kini, sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan 2 tingkat, 1 blok bangunan 2 tingkat dan 2 blok bangunan 1 tingkat. Terdapat 23 buah kelas yang terdiri daripada 1 kelas Peralihan, 4 kelas bagi setiap tingkatan Menengah Rendah dan 5 kelas bagi setiap tingkatan Menengah Atas.